Followers

Tuesday, March 26, 2013

Wanita Tercipta Dari Tulang Rusuk kiri Lelaki

Perempuan, wanita, gadis.. Sanggup buat apa saja untuk lelaki yang disayangi. AraBella tertarik dengan petikan dari Abe, ' Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan memberi kehangatan dalam rumah kamu. Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu. Jika kamu memberinya CINTA, ia akan memberi pengabdian seumur hidupnya. Tapi jika kau memberinya kehinaan, ia akan memberi doa dalam airmata kepedihannya, dan itu bererti siapkanlah dirimu untuk berjuta KEMALANGAN! ' 

AraBella baru je temui blog tersebut, langsung tertarik ngan cara penulisan beliau. Menarik, penuh isi sekaligus mampu tambah pengetahuan kita. 
Petang ni AraBella tak kemana, so saja la wat entry nih. Yela, pelik kan.. serta tertanya, terciptanya wanita dari tulang rusuk kiri lelaki. 

Para lelaki kat luar sana, susah benarkah untuk memahami wanita? Pernah tak sedar, kite semua x smpurna. Tetapi wanita mampu abaikan ketidaksempurnaan kamu kerana terlalu menyintai kamu. Kadang sedikit terkedu kala si teruna lebih rela meninggalkan wanita yang dulunya memberikan senyum tawa hanya kerana satu kesilapan. Tiada sedikit ruang kemaafan, padahal ianya kesilapan kecil. 

Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi pendamping, penjaga hati. Dekat dengan hati kerana untuk disayangi. Lindungi dan sayangi tulang rusuk kiri kamu wahai lelaki.. Bimbing mereka untuk menjadi seorang muslimah yang solehah. 

AraBella tersenyum bila mengingatkn impian sejak dulu. Seronoknya, indahnya andai diri di kurnia seseorang yang membahagiakn hidup serta membawa AraBella ke syurga. Moga ianya akan jadi kenyataan bukan saja pada Bella, tp pada semua wanita di seluruh dunia!

Sila dan rajin2 la pot pet kat bawah ni :3

3 comments:

  1. bersyukur kak munna dah bertemu dgn lelaki yg membimbing kak munna dan anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamd la akk memperoleh someone yang terbaik.. Semoga hub akak dan suami serta anak2 selamanya bahagia ye.. Amin~

      Delete
  2. Secara umumnya, lelaki dan wanita ada yang budiman dan ada yang mengikut hawa nafsu. Apabila usaha tangan sendiri yang meletakkan diri dalam kehinaan, selayaknya mereka dihina sehinggalah mereka beralih. Apa yang hendak ditakutkan dengan doa mereka yang hina, kerana tiada daya makhluk selain dengan izin Tuhannya.

    Sudah biasa terjadi gadis yang mencintai penagih dadah kerana setianya, pernah juga terjadi gadis-gadis yang terperangkap oleh ucapan-ucapan manis si kasanova. Banyak lagi peristiwa-peristiwa hitam dan kelabu yang telah terjadi, kerana lelaki begitu sangat mengenali gadis!

    Ada juga lelaki-lelaki yang mulia, tetapi tidak pandai dan tidak arif tentang wanita, lalu dia memnjadi lelaki "ego" mengikut ungkapan gadis, lalu mereka digelar sombong, lalu mereka tidak dipeduli oleh gadis-gadis kerana tiada sinar seperti berlian di kedai-kedai.

    Kita sentiasa berharap agar dapat miliki pasangan yang lebih baik dari kita sedangkan kita sendiri tidak berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam. Lalu menjadilah kita orang-orang yang tidak sedar diri bagai lalat yang menyangka dirinya lebah. Mencari-cari gandingan yang hebat dan mengharap mereka terima kita apa seadanya.

    Walaupun kita sama-sama melihat benda yang sama, tetapi belum tentu apa yang kita nampak adalah suatu yang sama juga. Malah kebanyakannya kita tidak sama. Lelaki tidak pernah menyayangi wanita sebagai tulang rusuknya, kerana tulang rusuknya tidak pernah hilang dari sisinya. Lelaki melihat wanita bagai tulang rusuk yang membungkus jantungnya.



    ReplyDelete