Followers

Tuesday, March 26, 2013

Wanita Tercipta Dari Tulang Rusuk kiri Lelaki

Perempuan, wanita, gadis.. Sanggup buat apa saja untuk lelaki yang disayangi. AraBella tertarik dengan petikan dari Abe, ' Jika kamu memberinya rumah, maka ia akan memberi kehangatan dalam rumah kamu. Jika kamu memberinya beras, ia akan menanak nasi untukmu. Jika kamu memberinya CINTA, ia akan memberi pengabdian seumur hidupnya. Tapi jika kau memberinya kehinaan, ia akan memberi doa dalam airmata kepedihannya, dan itu bererti siapkanlah dirimu untuk berjuta KEMALANGAN! ' 

AraBella baru je temui blog tersebut, langsung tertarik ngan cara penulisan beliau. Menarik, penuh isi sekaligus mampu tambah pengetahuan kita. 
Petang ni AraBella tak kemana, so saja la wat entry nih. Yela, pelik kan.. serta tertanya, terciptanya wanita dari tulang rusuk kiri lelaki. 

Para lelaki kat luar sana, susah benarkah untuk memahami wanita? Pernah tak sedar, kite semua x smpurna. Tetapi wanita mampu abaikan ketidaksempurnaan kamu kerana terlalu menyintai kamu. Kadang sedikit terkedu kala si teruna lebih rela meninggalkan wanita yang dulunya memberikan senyum tawa hanya kerana satu kesilapan. Tiada sedikit ruang kemaafan, padahal ianya kesilapan kecil. 

Wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana dekat dengan hati, agar wanita menjadi pendamping, penjaga hati. Dekat dengan hati kerana untuk disayangi. Lindungi dan sayangi tulang rusuk kiri kamu wahai lelaki.. Bimbing mereka untuk menjadi seorang muslimah yang solehah. 

AraBella tersenyum bila mengingatkn impian sejak dulu. Seronoknya, indahnya andai diri di kurnia seseorang yang membahagiakn hidup serta membawa AraBella ke syurga. Moga ianya akan jadi kenyataan bukan saja pada Bella, tp pada semua wanita di seluruh dunia!

Sila dan rajin2 la pot pet kat bawah ni :3