Followers

Tuesday, March 6, 2012

Ngidam Kek Cokelat


Weewwit!! hehe malam2 camni AraBella teringin nak mam kek cokelat la.. Erm tp ni ujan,cmne nak dapat... Sape nak amek Ara? Cepat, t Ara kempunan ler.. Arhh! Okes xpla... Dengan kebetulannya sok Ara balik kampung, so Ara ley wat kat umah..mesti my mom suke.. Yela,now mak n abah tinggal berdua je, Mak jarang da masak.. Alasan sbb dua orang je, kelebihannya...Dapur senantiasa bersih..Hikhik.

Dah AraBella nak cari resepi yang simple mimple... Erk! Lalu godek2 la tenet yang x bape laju la sgt sbb ujan ni.. Ha, jmp satu resepi yang senang kat page Ciktom. Ape lagi...Salin larh...heee..
K, kat bawah Ara share ngan korang gak ni.. Cik Tom, Ara share yup...Kredit for page Ciktom yang byk informasi tuh... Ara slalu jenguk situ...

Resepi Kek Coklat

1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak (boleh ganti dengan buttercup)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur

Hiasan Kek:
1 bar coklat masakan
Coklat rice/atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek

Cara-cara masakan:
1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.
2) Sementara tunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan ambil 2 biji telur dan dipukul sehingga kembang.
2) Coklat, gandum, gula, serbuk penaik dan soda bikarbonat digaul sekali.
3) Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
4) Campur adunan di dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
5) Kacau sehingga sebati.
7) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin dan masukkan adunan kek yang sudah sebati.
8 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)
9) Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek.
10) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.

Hee rasenye kalo wat banyak2 n lapis2 ley jadi kek kawen tak???


Sila dan rajin2 la pot pet kat bawah ni :3

2 comments: